Want your
own Fotopage?








 
Helmi's FotoPage

By: Helmi Othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Monday, 13-Oct-2008 19:34 Email | Share | | Bookmark
Matahari Terbit Di Kuala Bekah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 13 photos...
Pagi Ahad ketika keluar dari surau selepas solat Subuh aku memandang langit seraya melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 6.35 pagi. Subuh sekarang awal maknanya syuruk pun awallah. Kelajuan motor menuju balik ke rumah lebih laju dari biasa kerana spontan aku teringatkan yang kamera yang selalu aku tinggalkan di pejabat aku ada bawa balik. Memang dah lama merancang nak capture cukup² pemandangan matahari terbit di Kuala Bekah.

Add comment


Tuesday, 7-Oct-2008 10:27 Email | Share | | Bookmark
Little Miss Sunshine- Aisya Sabrina

 
 
 
Chef Aisya
 
 
View all 12 photos...
Dalam entry ini aku nak dedikasikan pada salah seorang anak buah aku yang comel, petah dan bijak. Setiap kemunculannya pasti buat aku terhibur. Anak perempuan Kak Long ini baru berusia 2 tahun 9 bulan ketika ini tapi kadang kala keletahnya melampaui umurnya.
Aku dapat idea ini bila aku belek gambar² keluarga dalam laptop adik bongsu aku. Banyaklah aksi Aisya yang menarik untuk aku kongsi.

Aisya...Pak Uda sayang Aisya!

Add comment


Monday, 6-Oct-2008 20:56 Email | Share | | Bookmark
Welcoming Alia Zahra

Kelahira Baru
Keluarga yang datang
si puteri
View all 11 photos...
Tanggal 28hb September keluarga besar aku menerima ahli baru. Puteri Kak Ngah aku lahir ketika aku memang berada di rumah mak dan ayah di Petaling Jaya sementara sebelum menuju ke Jengka untuk menyambut raya di rumah ibu bapa mertua aku. Alia Zahra nama yang diberi lahir pada pukul 6.27 pagi seberat 3.39kg di Subang Jaya Medical Centre.


Add comment


Monday, 6-Oct-2008 20:41 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Photoshoot With Siblings

 
 
 
View all 12 photos...
Bila sampai Kg. Guai perkara yang aku tak boleh lepas adalah melaksanakan photoshoot di sebabkan landscape di kawasan rumah asal ibuku ni tersangatlah cantik. Disebabkan adik-beradikku pun minat photography, senanglah aku ajak mereka join the session.

Add comment


Monday, 6-Oct-2008 19:59 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Di Jengka 2008

The preparartion
The preparation
The spectator
View all 14 photos...
Tahun ini adalah tahun pertama aku beraya bersama dengan anak dan isteri. Kalau tahun lepas aku langsung tak beraya malah kena kerja, tahun ini aku memang nak raya sakan. Sebelum malam raya lagi aku dah berada di Jengka, rumah mertua aku yang mana anak dan isteri, Fahim dan Zai aku memang dah menunggu. Zai awal-awal dah pesan untuk aku bawa kamera dan tripod. Maka secara rasminya aku diangkat sebagai photographer of the family.

Malas nak cerita banyak, let the picture tell the story. Apa yang ada di sini hanya gambar² terpilih. Nak upload semua letih lah.

Add comment


Saturday, 27-Sep-2008 04:23 Email | Share | | Bookmark
Sunset At Bagan Belat

Bayang aku...
masih terang
Burung pulang
View all 12 photos...
Hari terakhir aku berbuka di Butterworth sebelum aku balik ke PJ petang esoknya, aku pilih untuk berbuka di Restoran Embun, Bagan Belat. Pertama kali aku ke sana adalah ketika aku, Nyok dan Kenedy makan malam bersama sebelum Nyok berpindah ke Alor Star (kisah tu di sini). Sedap masakan tomyam/seafood di situ kerana betul-betul tukang masaknya orang Petani.
Tapi kali ni selain untuk berbuka, aku lebih tumpu untuk capture permandangan indah terbenamnya matahari yang mana secara tidak langsung dapatlah tahu bila masuknya waktu berbuka.

Enjoy!

Add comment


Friday, 20-Jun-2008 18:45 Email | Share | | Bookmark
My New Office

 
 
 
View all 6 photos...
INI adalah kisah hidup aku yang seterusnya. Baru mengharungi hidup berkeluarga selama 2 bulan kami diduga untuk meneruskan kehidupan kami di rantau orang. Bermula dari 7 Januari 2008 bermulalah kehidupan kami suami isteri di utara tanahair...Pulau Pinang.
Aku ditugaskan untuk mentadbir operasi di Terminal Pengangkutan Sementara Penang Sentral yang menjadi pengkalan bagi operasi bas-bas ekspres, bas henti-henti dan bas jarak dekat. Juga bakal menjadi medan mendapatkan perkhidmatan teksi dan linkway ke jeti feri.
Pulau Pinang bukanlah terlalu janggal bagi aku dek kerana pernahnya aku berlajar di UiTM Permatang Pasir, Permatang Pauh (tempat Anwar Ibrahim).
Dari menyewa rumah di Mutiara Damansara, kami menyewa pula di Penaga. Kos sara hidup di kawasan ini tidaklah setinggi di Kuala Lumpur. Maka sewa bulanan rumah teres 3 bilik dan 2 bilik air yang aku duduki hanya RM300. Pekan Penaga sangat terkenal di kalangan penduduk sekitar seberang Perai Utara dengan pasar pagi tiap-tiap hari Khamis dan Ahad. Di situ terdapatnya ikan-ikan segar yang baru mendarat dari laut dengan harga yang murah. Sebagai contoh ikan termenung harganya RM3 sekilo. Apabila pasar pagi tu mula nak mengjelang tengahari harganya boleh turun lagi ke RM2 sekilo. Pendek kata, kalau makanan laut tu tak menjadi masalah untuk di beli. Ikan-ikan air tawar pun ada.
Siapa-siapa yang datang Penang bolehlah jumpa!

Bila nak letak gambar anak pulak? Sat 26-Jul-2008 03:23
Posted by:Helangmerah
Add comment


Wednesday, 21-Nov-2007 02:41 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Helmi Dan Zailiza

 
 
 
View all 21 photos...
Buat yang tak berpeluang tengok album gambar di rumah, atau tak berpeluang datang kenduri, dan juga yang tak berpeluang interframe...enjoy!


oh ya...pic taken by my friend Rudy Azwan...
roodee.fotopages.com

mmg cantik pic nie..tu pasal la ada yg dengki....hhihihi....
buat xtau jer.....yang penting puas hati....
Thu 22-Nov-2007 03:57
Posted by:9141
thanx helmi, u all da best....utk extra gmbar go to http://roodee.fotopages.com Fri 23-Nov-2007 01:42
Posted by:rudy  - [Link]
berbahagialah spjg hayat,sowy lmbt wish kt abg & ur wife..hadiah kawen da bg..utk baby boy 2 postphone smpai dia skola leyh x??hahahakk.. Thu 19-Feb-2009 10:14
Posted by:dan chomel sgt2..
View all 7 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com